Minggu, 09 November 2014
Rabu, 29 Oktober 2014
Ringkasan Biografi Empat Imam Mazhab
Ringkasan Biografi Empat Imam Mazhab
Imam Abu Hanifah [80H/699M- 150H/767M]
Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Numan bin Tsabit bin Zhuthi' lahir pada
tahun 80H/699M di Kufah, Iraq, sebuah bandar yang sudah sememangnya terkenal
sebagai pusat ilmu Islam pada ketika itu. Ianya diasaskan oleh 'Abdullah ibn Mas'ud
radhiallahu 'anh (32H/652M), seorang sahabat zaman Rasulullah shallahu 'alaihi
wasallam. Ayahnya seorang pedagang besar, sempat hidup bersama 'Ali bin Abi Thalib
radhiallahu 'anh. Imam Abu Hanifah sekali-sekala ikut serta dalam urusniaga ayahnya
akan tetapi minatnya yang lebih besar ialah ke arah membaca dan menghafal
Al-Quran.
Imam Abu Hanifah pada satu hari telah berjumpa dengan seorang tokoh agama yang
masyhur pada ketika itu bernama as-Sya'bi. Melihatkan kepintaran dan kecerdasan
luar biasa yang terpendam dalam Imam Abu Hanifah, as-Sya'bi menasihatkan beliau
agar lebih banyak mencurahkan usaha ke dalam bidang ilmu-ilmu Islam. Dengan
nasihat dan dorongan as-Sya'bi, Imam Abu Hanifah mula menceburkan diri secara
khusus mempelajari ilmu-ilmu Islam.
Imam Abu Hanifah mula belajar dengan mendalami ilmu-ilmu qiraat, ilmu bahasa Arab
ilmu kalam dan lain-lain. Akan tetapi bidang ilmu yang paling diminatinya ialah ilmu
hadith dan fiqh. Beliau banyak meluangkan masa dan tenaga untuk mendalaminya.
Imam Abu Hanifah meneruskan pembelajarannya dengan bergurukan kepada
as-Sya'bi dan beberapa tokoh ilmuan lain di Kufah. Menurut riwayat, jumlah gurunya di
Kufah sahaja berjumlah 93 orang.
Beliau kemudiannya berhijrah ke bandar Basrah di Iraq, untuk berguru bersama
Hammad bin Abi Sulaiman, Qatadah dan Shu'bah. Setelah sekian lama berguru dengan
Shu'bah yang pada ketika itu terkenal sebagai Amir al-Mu'minin fi Hadith (pemimpin
umat dalam bidang hadith), beliau diizinkan gurunya untuk mula mengajar hadith
kepada orang ramai. Berkata Shu'bah:
"Sebagaimana aku ketahui dengan pasti akan kesinaran cahaya matahari, aku juga
ketahui dengan pasti bahawa ilmu dan Abu Hanifah adalah sepasangan bersama."
Imam Abu Hanifah tidak hanya berpuas hati dengan pembelajarannya di Kufah dan
Basrah di Iraq. Beliau kemudiannya turun ke Makkah dan Madinah untuk menuntut
ilmu lagi. Di sana beliau duduk berguru kepada 'Atha' bin Abi Rabah. Kemudiannya
Imam Abu Hanifah duduk pula bersama Ikrimah, seorang tokoh besar agama di
Makkah yang juga merupakan anak murid kepada 'Abdullah ibn 'Abbas, 'Ali bin Abi
Thalib ra, Abu Hurairah ra dan 'Abdullah ibn 'Umar radhiallahu 'anhum. Kehandalan
Imam Abu Hanifah dalam ilmu-ilmu hadith dan fiqh diiktiraf oleh Ikrimah sehingga
beliau kemudiannya membenarkan Imam Abu Hanifah menjadi guru kepada penduduk
Makkah.
Imam Abu Hanifah kemudiannya meneruskan pengajiannya di Madinah bersama Baqir
dan Ja'afar as-Shadiq. Kemudiannya beliau duduk bersebelahan dengan Imam Malik
bin Anas, tokoh besar kota Madinah ketika itu. Walaupun Imam Abu Hanifah 13 tahun
lebih tua daripada Imam Malik, ini tidak menghalangnya untuk turut serta belajar.
Apabila guru kesayanganya Hammad meninggal dunia di Basrah pada tahun
120H/738M, Imam Abu Hanifah telah diminta untuk mengganti kedudukan Hammad
sebagai guru dan sekaligus tokoh agama di Basrah. Melihatkan tiada siapa lain yang
akan meneruskan perjuangan Hammad, Imam Abu Hanifah bersetuju kepada jawatan
tersebut.
Mulai di sinilah Imam Abu Hanifah mengajar dan menjadi tokoh besar terbaru dunia
Islam. Orang ramai dari serata pelusuk dunia Islam datang untuk belajar bersamanya.
Di samping mengajar, Imam Abu Hanifah adalah juga seorang pedagang dan beliau
amat bijak dalam mengadili antara dua tanggungjawabnya ini sebagaimana
diterangkan anak muridnya al-Fudail ibn 'Iyyadh:
"Adalah Imam Abu Hanifah seorang ahli hukum, terkenal dalam bidang fiqh, banyak
kekayaan, suka mengeluarkan harta untuk sesiapa yang memerlukannya, seorang
yang sangat sabar dalam pembelajaran baik malam atau siang hari, banyak beribadat
pada malam hari, banyak berdiam diri, sedikit berbicara terkecuali apabila datang
kepadanya sesuatu masalah agama, amat pandai menunjuki manusia kepada
kebenaran dan tidak mahu menerima pemberian penguasa."
Pada zaman pemerintahan Abbasid, Khalifah al-Mansur telah beberapa kali meminta
beliau menjawat kedudukan Qadhi kerajaan. Imam Abu Hanifah berkeras menolak
tawaran itu. Jawapan Abu Hanifah membuatkan al-Mansur marah lalu dia menghantar
Imam Abu Hanifah ke penjara. Akan tetapi tekanan daripada orang ramai
menyebabkan al-Mansur terpaksa membenarkan Imam Abu Hanifah meneruskan
pengajarannya walaupun daripada dalam penjara. Apabila orang ramai mula
mengerumuni penjara untuk belajar bersama Imam Abu Hanifah,al-Mansur merasakan
kedudukannya mula tergugat. Al-Mansur merasakan Imam Abu Hanifah perlu
ditamatkan hayatnya sebelum terlambat.
Akhirnya Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada bulan Rejab 150H/767M (ketika
berusia 68 tahun), yakni ketika berada di dalampenjara disebabkan termakan
makanan yang diracuni orang. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa beliau dipukul
dalam penjara sehingga mati. Kematian tokoh ilmuan Islam ini amat dirasai oleh dunia
Islam. Solat jenazahnya dilangsungkan 6 kali, setiapnya didirikan oleh hampir 50,000
orang jamaah. Abu Hanifah mempunyai beberapa orang murid yang ketokohan
mereka membolehkan ajarannya diteruskan kepada masyarakat. Antara anak-anak
murid Imam Abu Hanifah yang ulung ialah Zufar (158H/775M), Abu Yusuf (182H/798M)
dan Muhammad bin Hasan as-Syaibani(189H/805M).
Imam Malik bin Anas [93H/711M - 179H/796M]
Imam Malik bin Anas lahir di Madinah pada tahun 93H/711M. Beliau dilahirkan di dalam
sebuah kota yang merupakan tempat tumbuhnya Islam dan berkumpulnya generasi
yang telah dididik oleh para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, radhiallahu
'anhum. Sejarah keluarganya juga ada hubungkait dengan ilmu Islam, dengan
datuknya sendiri adalah seorang perawi dan penghafal hadith yang terkemuka.
Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi' adalah seorang tokoh hadith kota Madinah pada ketika
itu dan dengan beliaulah Malik bin Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya
hadith. Abu Suhail Nafi' ialah seorang tabi'in yang sempat menghafal hadith
daripada'Abdullah ibn 'Umar, 'Aisyah binti Abu Bakar, Ummu Salamah, Abu Hurairah
dan Abu Sa'id al-Khudri radhiallahu 'anhum.
Selain Nafi', Imam Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Jaafar as-Shadiq, cucu
kepada al-Hassan, cucu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Imam Malik
juga duduk belajar di Masjid Nabawi, Madinah dan berguru dengan Muhammad Yahya
al-Ansari, Abu Hazim Salmah ad-Dinar, Yahya bin Saad dan Hishambin 'Urwah. Mereka
ini semua ialah anak murid kepada para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Suasana kehidupan Imam Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan
para tabi'in amatlah menguntungkannya. Para tabi'in ini adalah mereka yang sempat
hidup bersama sahabat-sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka
sempat belajar, mendengar hadith dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara
terus. Inilah antara sebab kenapa Imam Malik bin Anas tidak pernah meninggalkan
Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya.
Imam Malik bin Anas kemudiannya mengambil alih peranan sebagai tokoh agama di
Masjid Nabawi, Madinah. Ajarannya menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai
daerah dunia Islam. Beliau juga bertindak sebagai Mufti Kota Madinah pada ketika itu.
Imam Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan
hadith-hadith Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di dalam kitabnya al-Muwattha'.
Kitabnya ini menjadi hafalan dan rujukan orang ramai sehinggakan ia pernah
dikatakan oleh Imam as-Syafi'e sebagai:
"Tidak wujud sebuah buku di bumi yang paling hampir kepada al-Quran melainkan
kitab Imam Malik ini."
Antara tokoh besar yang duduk belajar bersama Imam Malik ialah Imam Abu Hanifah
dari Kufah, Iraq. Selain itu diriwayatkan juga bahawa sebanyak 1,300 tokoh-tokoh lain
yang duduk bersama menuntut ilmu bersama Imam Malik di Masjid Nabawi. Antaranya
termasuklah Muhammad bin Idris, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Imam
as-Syafi'e. Ketinggian ilmu Imam Malik bin Anas pernah diungkap oleh Imam Ahmad
bin Hanbal sebagai:
"Imam Malik adalah penghulu daripara penghulu ahli ilmu dan beliau pula seorang
imam dalam bidang hadith dan fiqh. Siapakah gerangan yang dapat menyerupai Imam
Malik?"
Imam Malik pernah dihukum oleh gabenor Kota Madinah pada tahun 147H/764M
kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum thalaq yang cuba dilaksanakan oleh
kerajaan Abbasid sebagai tidak sah. Kerajaan Abbasid ketika itu telah membuat fatwa
sendiri bahawa semua penduduk perlu taat kepada pemimpin dan barangsiapa yang
enggan akan terjatuh thalaq ke atas isterinya. Memandangkan rakyat yang lebih
taatkan ulama' daripada pemimpin, pemerintah Abbasid telah memaksa Imam Malik
untuk mengesahkan fatwa mereka. Imam Malik enggan, malah mengeluarkan fatwa
menyatakan bahawa thalaq sedemikian tidak sah (tidak jatuh thalaqnya). Imam Malik
ditangkap dan dipukul oleh gabenor Madinah sehingga tulang bahunya patah dan
terkeluar daripada kedudukan asalnya. Kecederaan ini amatlah berat sehinggakan
beliau tidak lagi dapat bersolat dengan memegang kedua tangannya di dada, lalu
dibiarkan sahaja terkulai di tepi badannya.
Imam Malik kemudiannya dibebaskan dari penjara dan beliau terus kembali mengajar
di Madinah sehinggalah beliau meninggal dunia pada 11 Rabiul-Awwal, tahun
179H/796M, ketika berusia 86 tahun (Hijriah). Di antara anak-anak murid beliau yang
masyhur ialah 'Abdarrahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn Wahhab Abu
Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M).
Imam Muhammad bin Idris as-Syafi'e [150H/767M - 204H/820M]
Imam as-Syafi'e lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M. Nama sebenarnya
ialah Muhammad bin Idris as-Syafi'e. Beliau mempunyai pertalian darah Quraisy dan
hidup tanpa sempat melihat ayahnya. Pada umur 10 tahun ibunya membawanya ke
Makkah untuk menunaikan ibadah Haji dan selepas itu beliau tetap berada di sana
untuk menuntut ilmu. Di Makkah Imam as-Syafi'e memulakan perguruannya dengan
Muslim bin Khalid al-Zanji, yakni mufti Kota Makkah ketika itu.
Kitab ilmu yang paling terkemuka pada ketika itu ialah al-Muwattha' karangan Imam
Malik bin Anas, dan Imam as-Syafi'e dalam usia 15 tahun telah pun menghafal
keseluruhan kitab tersebut. Imam as-Syafi'e kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk
berguru pula dengan penulis kitab itu sendiri, yakni Imam Malik bin Anas. Ketika itu
Imam as-Syafi'e baru berumur 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik
sehinggalah kewafatannya pada tahun 179H/796M. Ketokohan Imam as-Syafi'e
sebagai murid terpintar Imam Malik bin Anas mulai diiktiraf ramai. Imam as-Syafi'e
mengambil alih sebentar kedudukan Imam Malik bin Anas sebagai guru di Masjid
Nabawi di Madinah sehinggalah beliau ditawarkan satu kedudukan jawatan oleh
Gabenor Yaman. Jawatan Imam as-Syafi'e di Negeri Yaman tidak lama kerana beliau
telah difitnah sebagai pengikut mazhab Syi'ah. Selain itu pelbagai konspirasi lain
dijatuhkan ke atasnya sehinggalah beliau dirantai dan dihantar ke penjara di Baghdad,
yakni pusat pemerintahan Dinasti Abbasid ketika itu.
Imam as-Syafi'e dibawa menghadap kepada Khalifah Harun ar-Rashid dan beliau
berjaya membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecekapan Imam
as-Syafi'e membela dirinya dengan pelbagai hujjah agama menyebabkan Harun
ar-Rashid tertarik kepadanya. Imam as-Syafi'e dibebaskan dan dibiarkan bermastautin
di Baghdad. Di sini Imam as-Syafi'e telah berkenalan dengan anak murid Imam Abu
Hanifah dan duduk berguru bersama mereka, terutamanya Muhammad bin al-Hasan
as-Syaibani. Suasana ini memberikan kelebihan yang penting bagi Imam as-Syafi'e,
iaitu beliau berkesempatan untuk belajar dan membanding antara dua ajaran Islam,
yakni ajaran Imam Malik bin Anas dan ajaran Imam Abu Hanifah.
Pada tahun 188H/804M, Imam as-Syafi'e berhijrah pula ke Mesir. Sebelum itu beliau
singgah sebentar di Makkah dan di sana beliau diberi penghormatan dan dipelawa
memberi kelas pengajian agama. Imam as-Syafi'e kini mula diiktiraf sebagai seorang
imam dan beliau banyak meluahkan usaha untuk cuba menutup jurang perbezaan di
antara ajaran Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah. Usahanya ini tidak
disambut baik oleh para penduduk Makkah kerana kebiasaan mereka adalah kepada
ajaran Imam Malik bin Anas.
Pada tahun 194H/810M, Imam as-Syafi'e kembali semula ke Baghdad dan beliau
dipelawa untuk memegang jawatan Qadhi bagi Dinasti Abbasid. Beliau menolak dan
hanya singgah selama 4 tahun di Baghdad. Imam as-Syafi'e kemudian kembali ke
Mesir dan memusatkan ajarannya di sana pula. Daud bin 'Ali pernah ditanya akan
kelebihan Imam as-Syafi'e berbanding tokoh-tokoh lain pada ketika itu, maka beliau
menjawab:
"As-Syafi'e mempunyai beberapa keutamaan, berkumpul padanya apa yang tidak
terkumpul pada orang lain. Beliau seorang bangsawan, beliau mempunyai agama dan
i'tiqad yang sebenar, seorang yang sangat murah hati, mengetahui hadith sahih dan
hadith dhaif, nasikh, mansukh, menghafal al-Quran dan hadith, perjalanan hidup para
Khulafa' ar-Rashidin dan amat pandai pula mengarang."
Dalam usahanya untuk cuba menutup jurang perbezaan antara ajaran Imam Malik bin
Anas dan Imam Abu Hanifah, Imam as-Syafi'e menghadapi banyak tentangan daripada
para pengikut Mazhab Maliki yang amat taksub kepada guru mereka. Pada satu malam,
dalam perjalanan balik ke rumah dari kuliah Maghribnya di Mesir, Imam as-Syafi'e
telah diserang dan dipukul orang sehingga menyebabkan kematiannya. Pada ketika itu
Imam as-Syafi'e juga sedang menghadapi penyakit buasir yang agak serius.
Imam as-Syafi'e meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir ketika
berumur 54 tahun (Hijriah). Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab
yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul ar-Risalah. Kitab ini adalah yang
terawal dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum daripada sesebuah
nas al-Qur'an dan as-Sunnah. Selain itu Imam as-Syafi'e juga meninggalkan kitab
fiqhnya yang termasyhur berjudul al-Umm. Ajaran Imam as-Syafi'e diteruskan oleh
beberapa anak muridnya yang utama seperti Abu Yaaqub al-Buwayti (231H/846M),
Rabi' bin Sulaiman al-Marali (270H/884M) dan Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani
(274H/888M).
Imam Ahmad bin Hanbal [164H/781M - 241H/856M]
Imam Abu 'Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dilahirkan di Baghdad, Iraq,
pada tahun 164H/781M. Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal dunia pada
umur muda, iaitu 30 tahun. Ahmad kemudiannya dibesarkan oleh ibunya Saifiyah binti
Maimunah. Imam Ahmad bin Hanbal menghafal al-Qur'an sejak kecil dan pada
umurnya 16 tahun beliau sudah menjadi penghafal hadith yang terkenal. Imam Ahmad
bin Hanbal meneruskan pengajian hadithnya dengan sekian ramai guru dan beliau
pada akhir hayatnya dijangkakan telah menghafal lebih daripada sejuta hadith
termasuk barisan perawinya.
Pada tahun 189H/805M Imam Ahmad bin Hanbal berhijrah ke Basrah dan tidak lama
kemudian ke Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di sana beliau sempat duduk
berguru dengan Imam as-Syafi'e. Sebelum itu guru-gurunya yang masyhur ialah Abu
Yusuf, Husain ibn Abi Hazim al-Washithi, 'Umar ibn 'Abdullah ibn Khalid, 'Abdurrahman
ibn Mahdi dan Abu Bakar ibn 'Iyasy. Pada tahun 198H Imam Ahmad bin Hanbal ke
negeri Yaman pula untuk berguru dengan 'Abdurrazzaq ibn Humam, seorang ahli
hadith yang besar ketika itu, terkenal dengan kitabnya yang berjudul al-Musannaf.
Dalam perjalanannya ini Imam Ahmad mula menulis hadith-hadith yang dihafalnya
setelah sekian lama.
Imam Ahmad bin Hanbal kembali semula ke Baghdad dan mula mengajar.
Kehebatannya sebagai seorang ahli hadith dan pakar fiqh menarik perhatian orang
ramai dan mereka mula mengerumuninya untuk belajar bersama. Antara anak
muridnya yang kemudian berjaya menjadi tokoh hadith terkenal ialah al-Bukhari,
Muslim dan Abu Daud. al-Qasim ibn Salam pernah berkata:
"Ahmad bin Hanbal adalah orang yang paling ahli dalam bidang hukum dan aku tidak
melihat ada orang yang lebih mengetahui tentang as-Sunnah selain beliau. Beliau tidak
pernah bersenda gurau, selalu berdiam diri, tidak memperkatakan apa-apa selain
ilmu."
Imam Ahmad bin Hanbal pernah hidup di dalam penjara kerana kekerasannya
menentang Mazhab Mu'tazilah yang diterima oleh pemerintah Abbasid ketika itu.
Mereka (pemerintah) memaksa Imam Ahmad mengesahkan mazhab baru tersebut.
Imam Ahmad enggan dan ini menyebabkan beliau dirotan di dalam penjara sehingga
tidak sedarkan diri.
Akibat ketegasan Imam Ahmad bin Hanbal serta tekanan daripada para orang ramai
akhirnya menyebabkan pihak pemerintah Abbasid telah terpaksa membebaskan beliau
dari penjara. Imam Ahmad kemudiannya meneruskan pengajarannya kepada orang
ramai sehinggalah kematiannya pada tahun 241H/856M, ketika berusia 77 tahun
Hijriah.
Imam Ahmad bin Hanbal meninggalkan kepada dunia Islam kitab hadithnya
yang terkenal iaitu "al-Musnad" yang mengandungi lebih kurang 30,000 hadith
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan atsar para sahabat radhiallahu 'anhum. Dua
orang anaknya yang utama meneruskan perjuangan ayah mereka, iaitu 'Abdullah bin
Ahmad dan Shaleh bin Ahmad.
Setakat ini sahaja dahulu buat masa ini. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya. Allahu A'lam.

Kejadian Manusia Menurut Sains Dan Al-Qur’an.
Kejadian Manusia Menurut Sains Dan Al-Qur'an
Keinginan saudara Anharudin lewat tulisannya “Adam dan Anthropus”, untuk
menyelaraskan antara wahyu ( dalam hal ini doktrin islam ) dan ilmu pengetahuan
sudah selayaknya mendapatkan penghargaan. Berbagai alasan tentu saja bisa
dikemukakan untuk itu.
Namun patut disayangkan bahwa penulis tersebut tidak menjelaskan lebih
lanjut tentang penyelarasan yang dikehendakinya. Apakah sekedar pengakuan
kebenaran ( konfirmasi ) penemuan ilmiah oleh wahyu apakah termasuk juga
pembetulan ( koreksi ) terhadap penemuan ilmiah.[1][1]
Betolak dari saudara Anharudin terhadap kebenaran mutlak dari wahyu, patut
diduga bahwa istilah penyelarasan itu pada tingkatannya yang terakhir berarti
koreksi pula pada setiap penemuan ilmiah yang bersifat relatif itu. Namu dugaan
ini ternyata tidak tampak dalam uraian penulis tersebut, khususnya mengenai
kejadian manusia menurut ilmu.
Saudara Anharudin menyatakan bahwa kata ja’ilun dalam ayat 30 pada surat
al-baqoroh, berarti mengevolusikan atau menjadikan dari satu bentuk kebentuk
yang lain. Sedangkan kata khalifah diterjemahkan dengan pengganti generasi
makhluk seblumnya ( Barangkali yang dimaksud adalah kera ).
Dengan kerangka pemikiran itulah lantas disimpulkanbahwa teori evolusi
tentang terjadinya manusia itu bukan saja diakui sesuatu yang rasional, tatapi
sekaligus bisa dipadukan dengan wahyu. Persoalanya adalah apakah benar evolusi
yang berpangkal dari Charles Darwin itu benar-benar diakui kebenarnnya. Untuk
itulah tanggapan ini ditulis.
Untuk pertama kali barang kali ada baiknya dikemukakan sedikit koreksi
terhadap kekeliruan-kekeliruan dalam bidang bahasa, sebab jikalau kita lihat
kekeliruan dalam mengambil kesimpulan sebelumnya lahir karena kekeliruan dalam
bidang ini berakar dari kata ja’ala yang berarti menjadikan. Tetapi dalam ayat
tersebut mempunyai konotasi “ittakhodza” yang berarti menganggkat atau
memberi jabatan. Dan jabatan itu adalah khilafah sedangkan penjabatnya disebut
khalifah. Jadi ayat yang berbunyi “inni ja-ilun fil rdi khalifah”
mempunyai pengertian “ Aku Allah akan mengangkat seseorang khalifah di muka
bumi ini “. Jadi tidak benar ( dan ini kekeliruan yang kedua ) jika kata
khalifah diartikan sebagai pengganti generasi makhluk sbelumnya manusia sebagai
mana dikemukakan oleh penulis tersebut.
Menurut sains, Ilmu adalah hasil karya pikir manusia yang secara fisik
dilakukan oelh otak.Karena itu ilmu ilmu merupaka produk dan sekaligus milik
mutlak manusia. Karena kemampuan otak setiap manusia berbeda-beda tingkatanya
sejalan dengan proses oleh pikirannya. Mala ilmu yang dihasilkanpun menjadi
relatif atau nisbi. Sesuatu yang dianggap rasional pada masa kini bisa dianggap
irasional pada masa-masa sebelunya atau pada masa-masa mendatang. Termasuk
kategori irasional adalah hal-hal yang tidak dapat dicerna oleh otak manusia.
Karena itu tidak usah heran jika para ilmuan lantas tidak percaya kepada adanya
Tuhan, malaikat, jin, syaitan, alam akhirat, hidup sesudah mati, dan
sebagainya, yang dalam al-qur’an disebut alam ghaib ( atau dalam ilmu
metafisika adalah ilmu filsafat ).[2][2]
Sebaliknya menurut al-qur’an ilmu adalah mutlak milik Allah[3][3] . Dan ilmu Allah itu maha
sempurna, mencakup bidang fisika maupun meta fisika. Sebagian kecil dari ilmu
Allah itu diberikan kepada manusia ( Q : S. Al-isro’: 85) dan manusia yang
paling pertama menerimaya adalah Adam ( Q : S : 2 : 31 ) yang kemudian
diwariskan kepada anak cucunya hingga sekarang melalui proses oleh pikir.
Karena itu mausia yang tidak mau berolah pikir tidak mungkin mendapatkan ilmu
Allah itu, kecuali para nabi dan rasul yang dapat menerimanya melalui proses
wahyu.
Dari uraian ini dapat kita simpulkan bahwa segala sesuatu yang tidak dapat
dicerna oleh akal manusia tida selamanya irasional, melainkan boleh jadi
irasional, artinya berada diluar kemampuan otak mansuia ( A. Mukti Ali, Kuliah
Agama Islam, si SESKAU Lembang, 1970, hl.9). sedangkan istilah metarasional
tidak kita kenal dalam peristilahan sains.
Jika kita menela’ah al-qur’an dengan seksama kita akan mendapatkan banyak
ayat tentang ilmu atau sains. Namun karena ayat-ayat tersebut seringkali berupa
hanya berupa isyarat-isyarat yang pendek
bahkan sangat tersembunyi, para penelaah perlu bersikap cermat dan dalam banyak
hal disiplin ilmu-ilmu lain harus dikaitkan dengannya. Sekedar ilustrasi bisa
dikemukakan contoh-contoh berikut.
Allah menggambarkan orang yang
tersesat dari jalan Allah seperti orang yang naik ke langit dan merasa sesak
nafasnya. Ilmu fisika ternyata bisa membuktikan bahwa isyarat ilmiyah dan
pernyataan itu benar. Dengan berbagai percobaan manusia mengakui bahwa semakin
tinggi kita berada dari atmosfir bumi semakin sulit kita bernafas karena
tekanan udara diluar atmosfir bumi lebih kecil sehingga organ-organ pernapasan
kita yang disetel engan kondisi atmosfir bumi sangat sulit menyesuaikan dengan kondisi diluarnya[4][4].
Contoh kedua, Allah mengumpamakan seseorang yang bertuhan selain Allah
seperti lebah-lebah yang membuat rumahnya, padahal rumah lebah-lebah itu adalah
salah satu-satunya rumah yang tidak kokoh ( mudah dihancurkan ). Pada ayat ini
Allah menggunakan kata ittakhadzat dalam bentuk ta’nis ( feminie ), ini berarti
bahwa yang membuat rumah itu adalah lebah-lebah betina. Dari penelitian
ternyata para ahli biologi mendapatkan bukti bahwa memang lebah-lebah betinalah
yang membuat itu[5][5].
Dari uraian diatas semakin jelas bahwa koreksi wahyu terhadap setiap
penemuan ilmiyah mutlak perlunya. Dan dari sinilah kita berpijak serta
melangkah untuk melakukan koreksi terhadap teori evolusi darwin yang telah
diakui kebenarannya oleh saudara Aanharuddin.
Munculnya Teori dari
Charles Darwin (1809-1882)
Munculnya teori evolusi dari Charles Darwin (1809-1882) pada khakikatnya
merupakan kelanjutan saja dari teori “Omne vivuo” itu. Ia menyatakan bahwa
semua makhluk hidup ( organisme) mengalami evolusi menuju kesempurnaan, dari
makhluk bersel satu (amoeba) sampai kepada manusia melalui fase-fase tertentu
(tentang ini dapat dilihat missalnya dalam diagram yang dibuat oleh Washburn, 1960).
Persoalannya ialah, jika benar teori evolusi itu bisa diakui kebenarannya
mengapa hingga sekarang generasi kera engan segala macamnya itu tetap ada dan
tidak menjadi manusia seluruhnya. Ini jelas menunjukkan bahwa kera dan manusia
berada dalam species yang berbeda[6][6].
Diluar dugaan ternyata Darwin sendiri juga meragukan kebenaran teori yang
diciptakannya itu. Ia tidak mendapatkan bukti bahwa lapisan-lapisan batu
didalam tanah mengandung data dan catatan yang kronologis sepanjang waktu
geologis yang enam ( dari Azoicum sampai dengan Cenozoikum) mengenai evollusi
hidup itu. Yang didapatkan justru berlawanan dengan teorinya.
Sebagai contoh dapat disebutkan binatang Seymoria yang disebut-sebut
jembatan antara amphibi dan reptil ternyata ditemukan dalam lapisan permain
yang 20 juta tahun lebih muda dari lapisan Pensylvanian, tempat ditemukannya
reptil untuk pertamakalinya. Karena itulah Darwin sendiri bingung. Ia menulis
dalam bukunya “The origin of species: “secara keseluruhan data geologis itu
terlalu tidak lengkap. Sedang bila kita pusatkan perhatian kita hanya kepada
satu lapisan saja, maka lebih menyulitkan lagi, misalnya kita tidak menemukan
didalmnya perbedaan-perbedaan bertahap diantara species yang dekat yang hidup
dalam lapisan tersebut[7][7].”
Sampai disini dapat disimpulkan bahwa teori Darwin ternyata sangat
diragukan keberadaanya oleh para ahli biologi, termasuk Charles Darwin sendiri.
Al-Qur’an bukan saja meragukan bahkan menolak sama sekali. Manusia adalah
manusia dan bukan jelamaan atau hasil evolusi dari makhluk hidup lain yang telh
ada sebelumnya.
Al-Qur’an menyatakan dengan tegas bahwa manusia diciptakan dari tanah
dengan berbagai istilah seperti debu, (Q:S: Ali Imron : 59) tanah kering dan
lumpur hitam(Q:S: Al-Hijr :28), tanah liat (Q:S: Ashfat :11), sari pati tanah
(Q:S: Shad 71) dan sebagainya. Dan cara penciptaannya tidak dberitahukan kepada
manusia, hanya dikatakan bahwa ketika Allah menciptakan adam, manusia pertama,
Allah berfirman “ jadilah, maka jadilah ia”(Q:S: Ali Imran: 59).
Dari ayat-ayat diatas jelas sekali bahwa menusia merupakan makhluk
tersendiri yang berbeda yang berbeda dengan mahluk-mahluk yang lain itu,
Perbedaan itu terdapat pula pada
ditiupkan roh oleh Allah kepada makhluk manusia itu, sesuatu yang tidak
dilakukan kepada makhluk-mahluk lainya.
Kalau dikatakan bahwa kejadian manusia itu menglami fase-fase tertentu (
evolusi ) maka menurut Al-Qur’an evolusi tidak sama dengan evolusi yang
dimaksudkan olh teori Darwin Dan evolusi ini terjadi pada penciptaan melalui
pembiakan (Talqih) di dalam rahim wanita, setelah terjadi proses pertemuan
sperma dari laki-laki dengan sel telur pada wanita. Menurut Al-Qur’an evolusi
itu diawali dengan Nutfah, kemudian berubah menjadi darah kental, daging,
tulang-belulang, kemudian tulang itu dibungkus dengan daging dan akhirnya
berwujud manusia yang sempurna[8][8].
Kesimpulan
Dari uraian diatas jelaslah bahwa Al-Qur’an mempunyai visi yang berbeda
dengan teori evolusi Darwin, sehingga karenanya siapapun yang percaya akan
kebenaran al-Qur’an tidak dapat bersikap lain, kevuali menolak secara total
menolak teori itu. Namun demikian Al-qur’an tidak menutup kesempatan kepada
ahli biologi untuk melakukan penelaan terhadap aspek-aspek biologis dari
makhluk mansuia itu. Penjelasan al-qur’an yang menyatakan bahwa manusia
ditetapkan sebagai penghuni bumi yang diciptakan, dimatikan dan dihidupkan
kembali di bumi (Q:S: al-a’raf:24) menunjukkan bahwa fosil-fosilnya bisa
dipelajari sehingga sejarah pertumbuhan manusia itu dapat diketahui secara
pasti.
Semoga makalah ini dapat menggugah para pemikir dan sarjana muslim untuk
menampilkan konsepsi-konsepsi kelilmuan dari Al-Qur’an ke tengah-tengah dunai
ilmu sekarang ini.
Daftar pustaka
·
[1][1] Prof.Dr.T.Jacob Ms. M.D, Ir
Basit Wahid, Ir. R.H.A. Syahirul Alim M.Sc, Drs. Machmun Husein, Evolusi
Manusia dan Konsepsi Islam, Gema Risalah Press Bandung 1992
·
Al-Qur’an
·
Charles Darwin, The Orgin of
Species, Ikon Teralitera, 2002
Langganan:
Postingan (Atom)